Saturday, 6 August 2011

HARI INI BERMULALAH NASIB HASAN ALI

 

Terok betol kalo kita tgk Pas nie.....cm ner laa nk wujudkan negara BERKEBAJIKAN???? dengan DAP/PKR pon takot...sesame pas pon begadoh...adoihai......igt Islam sgt.....pasal isu gereja pon x leh nk selesai...cm ner nk jaga kepentingan orang Islam nnt???? cm ner kalo timbul lg isu2 baru yg melibatkan org2 Islam???? nk tunduk kt DAP lg ker????tunduk mtk maaf lagi????mane maruah org Islam PAS?????

sama2 kita rakyat Malaysia menilai pimpinan mana yg berhak mentadbir negara Islam......adakah sekadar nama negara sahaja Islam tetapi mengikut telunjuk2 kafir???? sedarlah wahai org2 Islam Malaysia.....kita berhak bersuara....

Jawatankuasa Kerja PAS Pusat akan bermesyuarat jam 10.00 pagi esok bagi menyatakan pendirian parti berhubung isu ‘serbuan’ ke atas sebuah gereja oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Bandar Utama, di sini malam Rabu lalu.

Ketika dihubungi AJK PAS Pusat dan juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan mesyuarat itu akan di adakan esok di Ibu Pejabat parti, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Exco agama kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, yang akan membuat laporan bagi mempertahankan umat Islam serta menyokong tindakan JAIS.

Manakala Khalid Samad selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor dijangkan mempertahankan perbuatan paderi gereja Methodist Damansara Utama.

Rabu lalu, sekumpulan pegawai Jais dan beberapa anggota polis telah pergi ke Gereja Methodist Damansara Utama untuk mengambil keterangan dari 12 orang Islam yang menghadiri majlis makan malam muhibbah di gereja itu. Seterusnya klik sini

sumber.: klik sini

IMAM MASJIDIL HARAM BERSOLAT DI UTUSAN????



Majlis berbuka puasa dan solat tarawih Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur semalam, mencatat sejarah apabila turut disertai oleh Imam Masjidil Haram, Mekah iaitu Sheikh Idris Ismail Al Hafiz.
Sheikh Idris Ismail turut mengimamkan solat maghrib, isyak dan tarawih selepas berbuka puasa bersama kakitangan Kumpulan Utusan di Surau Al Huda.

Hadir sama ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makarudin; Pengarah Eksekutif Kumpulan, Datuk Nasir Ali; Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Othman Mohamad.

Turut hadir para pegawai kanan Kumpulan Utusan yang lain dan beberapa veteran Utusan serta lebih 100 kakitangan.-UM-

IMAM MASJIDIL HARAM TAK DATANG HARAKAH KER??? HEHEHE

Thursday, 4 August 2011

KHALID BIDAS JAIS, HASAN ALI?????




Menurut berita dari The Malaysian Insider, Khalid Gereja menyanggah kenyataan Datuk Hasan Ali yang mempertahankan tindakan JAIS menyerbu sebuah gereja di Damansara Utama (DUMC) atas laporan akan berlaku upacara pemurtadan umat Islam di situ malam kelmarin. Khalid Gereja menyatakan kenyataan Hasan Ali tidak mewakili pendirian parti PAS. MB Selangor, Khalid Gagap pula sudah memohon maaf secara terbuka kepada DUMC ekoran serbuan JAIS.

JAIS tak mungkin akan membuat serbuan seperti itu jika tidak mendapat bukti kukuh mengenai sesuatu yang tidak kena dalam upacara tersebut. Datuk Hasan Ali sudah pasti memberi kenyataan melangkaui kepentingan politik, bukan menutup kemungkaran yang berlaku di negeri yang PR terajui - kerana akidah ummat & maruah Islam melebihi segala keutamaan duniawi.

Kebodohan pertama - KHALID GEREJA & KHALID GAGAP yang mengutuk tindakan JAIS menyerbu gereja DUMC malam tersebut yang menurutnya satu acara muhibbah, majlis berbuka puasa??? Peliknya jika gereja tersebut mengadakan 'majlis berbuka puasa' mengapa cuma 12 orang Islam yang dijemput dari lebih 100 hadirin lain??? Kenapa tak jemput Khalid Gereja & Khalid Gagap sekali??? Kenapa perlu diadakan di gereja, tiada tempat lainkah yang lebih sesuai untuk diadakan majlis berbuka puasa selain gereja??? Atau Pope Khalid memang direncanakan akan datang untuk mengimamkan solat terawih di gereja tersebut???

Kebodohan kedua - WARTAWAN TMI, SHANNON TEOH yang mengaitkan isu ini dengan lawatan PM, DS Najib ke Vatican tiga minggu lepas. Lawatan DS Najib ke Vatican adalah lawatan diplomatik kerana Pope adalah pemimpin tertinggi di negara tersebut. Atau wartawan TMI & Khalid Gereja sendiri tidak tahu Vatican adalah sebuah negara (terkecil di dunia) yang merdeka... bukan berkaitan dengan kristianiti semata-mata! Bodoh tak habis-habis...
SUMBER  :tinggalkan sati peluru....

ANWAR KENE GELAK?????

Video di bawah adalah temuramah wartawan asing dengan 2 orang wanita yang paling penting dalam hidup Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Shamsidar Taharin. Pelbagai cerita yang kita telah dengar tentang kedua-dua wanita tersebut, sama ada yang dilaporkan di dalam media atau pun tidak.

Tetapi video di bawah adalah respons klasik yang ditunjukkan oleh mereka apabila di tanya mengenai Anwar Ibrahim.

1. Shamsidar tergelak besar apabila wartawan tersebut menanyakan sama ada Anwar Ibrahim boleh menjadi Perdana Menteri yang hebat. Respons spontan oleh Shamsidar itu seolah-olah menunjukkan beliau sendiri tidak percaya dengan ketokohan Anwar Ibrahim.

2. Apabila ditanya, kak Wan sendiri mengaku tidak mempercayai sesiapa pun termasuk Anwar. Respon spontan kak Wan itu sudah tentu membawa makna yang mendalam serta menyerlahkan konflik tekanan perasaan yang dihadapi oleh beliau selama ini.


Lihat video di bawah :-



Video : Wan Azizah tak percaya sesiapa (1:17) & Shamsidar gelak besar (1:30)

SUMBER: BLOG MiM

HINA ISLAM????

Salam Ramadan,

Baru-baru ini saya membaca tweet dari seorang rakan blogger iaitu CUCU TOK SELAMPIT yang mendedahkan ada seorang perempuan belia yang cantik yang telah hangat diperkatakan menggunakan media baru untuk mencerca, memaki dan mengajak orang ramai untuk murtad iaitu MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA. MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA ini terkenal sekitar awal tahun 2011 kerana menggunakan Facebook dan Blog untuk mencerca dan memaki hamun Agama Islam.

Kini dia kembali pula ke laman twitter dan hanya beberapa saat sahaja pencarian, anda boleh menemui sebuah akaun twitter yang didaftarkan atas nama "Makcik Hajjah Sitt" atau @sitt_alwuzara3 . Difahamkan MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA ini ialah seorang perempuan belia. Dia memulakan kerja-kerja menghina Agama Islam, Nabi Muhamad SAW dan Allah SWT di laman twitter bermula 26 Julai 2011 jam 8.55 pagi (Tweeting since).


Dahulu, dia pernah menggunakan medium Facebook untuk mencaci dan mencerca Agama Islam, tetapi setelah ramai yang 'menyerangnya', akhirnya dia 'tewas' juga.


Malah, pelbagai pihak dari pelbagai NGO Islam telah membuat laporan Polis dan SKMM terhadap kerja-kerja kotornya untuk memurtadkan umat Islam tersebut.


Akhirnya kini dia tak serik lagi dan kembali ke medium twitter untuk tujuan yang sama iaitu disamping ingin menghina dan memaki hamun Agama Islam, dia juga berhasrat untuk memurtadkan seberapa ramai yang boleh. Lebih parah lagi, dia juga membenci Kerajaan Pusat Malaysia pimpinan Parti Barisan Nasional dan menyokong perjuangan Parti Keadilan Rakyat.






Menariknya di sini ialah, rakan-rakan blogger telah berjaya mengenalpasti siapa empunya badan kepada nama MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA ini. Menyedihkan di sini ialah, dia dipercayai adalah seorang pelajar dari UUM, Sintok, Kedah. Apa-apapun kita tunggu saat dan ketikanya identiti MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA ini didedahkan.

Wallahu'alam...

SUMBER : SARFAMS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LEBELS PENDEKAR MELAYU SIBER

SAYA BLOGGER PEJUANG AGAMA ISLAM

SAYA BLOGGER PEJUANG AGAMA ISLAM