CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ingin menjelaskan mengenai pelbagai laporan yang dipaparkan oleh media mengenai keputusan Kabinet untuk tidak membenarkan stesen TV berbayar Astro untuk menaikkan kadar harga langganan.
SKMM ingin menyatakan bahawa Seksyen 199 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) memberi kuasa kepada Menteri untuk campur tangan dalam menentukan harga setiap perkhidmatan yang ditawarkan demi untuk kepentingan orang ramai. Proses Siasatan Awam bukanlah pra-syarat kepada perlaksanaan seksyen Akta tersebut.
Ini bercanggah dengan ulasan yang dibuat oleh beberapa media bahawa Siasatan Awam perlu diadakan sebelum Seksyen 199 di bawah AKM berkenaan penetapan harga oleh Menteri digunapakai.
Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) SKMM adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (AKM) yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia.
SKMM mengawal selia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga perkhidmatan internet, pos dan pensijilan digital.
AKM mengadakan peruntukan kepada SKMM peranan melaksanakan dasar, manakala kuasa membuat keputusan tentang dasar diperuntukkan kepada Menteri. Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya. Untuk maklumat lanjut, layari www.skmm.gov.myLAGI DISINI<--------
P/S : dulu isu astro naek harga.....tp astro naek harga pon org x perasan.....sekarang der plak tax 6% untuk setiap prepaid yg dibeli....sebenarnyer aper motif kerajaan sebenarnyer??? PRU 13 kn nak dekat...dorang nie sajer nak menang ker nak bertanding maen2 jer??? aper laa.....aku pon kekadang x paham ngan dorang2 nie.....tp aku still pegang kata2 datuk ismail sabri yg nak bawak benda nie kat kabinet....tgk laa nnt per citer.....bukan nak salah kn kerajaan....tp berpade2 laa sket....kita tak nak benda nie jadi isu PR....nnt dorang kata "kerajaan BN nie kalo pegang sume laa naik harga".....nnt kita dengar pon panas....
maaf kalo kurang jelas leh tgk kat TENGOK KAT SINI<--------