Saturday 10 September 2011

MAT SABU KEMBALI KE SEKOLAH!!!!!!!


2011/09/10 KUALA LUMPUR: Gerakan bersedia menawarkan biasiswa kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, untuk mempelajari semula sejarah negara di universiti tempatan kerana beliau dilihat masih kurang arif mengenai sejarah negara.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata pemimpin parti pembangkang itu boleh dikatakan buta sejarah selepas melabelkan anggota Parti Komunis Malaya, Mat Indera, sebagai wira sebenar dalam insiden serangan Balai Polis Bukit Kepong.

"Adalah jelas beliau ini buta sejarah, kalau begini, Gerakan bersedia untuk menawarkan biasiswa kepada beliau supaya belajar semula sejarah di universiti tempatan.

"Selain itu, beliau boleh juga belajar sejarah sebenar negara dari pakar-pakar sejarah yang lain seperti Profesor Dr Khoo Khay Kim," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Gerakan di Menara PGRM hari ini, yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.

Koh berkata, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, perlu peka dengan perjalanan sejarah negara dan tidak sewenang-wenangnya melabelkan sesuatu mengikut pemahaman sendiri.

"Beliau mesti peka dengan apa yang berlaku dalam sejarah negara, dan jika masih gagal memahaminya, Mat Sabu bolehlah dibawa duduk di hadapan Tugu Negara untuk menghayati sejarah itu," katanya.

Mat Sabu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, dipetik sebagai berkata pengganas komunis yang membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong, adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara. -BERNAMA 

 p/s : bagus gak mat sabu di bg biasiswa....coz dulu pon mmg fail sejarah....nasib laa kalo fail sejarah x kene amek paper julai cam bahasa melayu....2 yg dok merapu pasal sejarah tu....dah tua kepala pon agak biol sket...da x leh pkir ngan waras....lg2 baru pas wat2 exsiden mase bersih dulu....mungkin kepale da terhantuk kt mane2 laa tu....jgn lper g skolah kol 7 stgh....pakai baju kemeja putih seluar hijau....beg leh pkai beg new era....ker tu pon kene amek biasiswa gak???? kerajaan memang dah terpakasa lah bazirkan det rakyat untuk org2 bengap sejarah nie...nak wat cam ner....tu jer laa.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LEBELS PENDEKAR MELAYU SIBER

SAYA BLOGGER PEJUANG AGAMA ISLAM

SAYA BLOGGER PEJUANG AGAMA ISLAM