Thursday 28 July 2011

SEJARAH OH SEJARAH

bila dgr berita semalam tentang sejarah....
saya tol2 sokong pendapat DS Najib yg kita tidak harus lupa kepada sejarah....
ALOR SETAR 28 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat agar sentiasa memperingati sejarah penubuhan negara kerana kerajaan sejak dahulu lagi telah mengamalkan dasar-dasar toleransi, demokratik dan liberal bagi menjaga kepentingan semua pihak.

“Ini perlu kita ingat, jangan kita menjadi buta sejarah dan jangan kita jadi tidak mengenang budi kerana bangsa yang mulia ialah bangsa mengingati sejarah dan bersikap mengenang budi,” kata Perdana Menteri.

Najib berkata, sebagai contoh, keputusan para pemimpin yang mengasaskan negara sewaktu mencapai kemerdekaan untuk membenarkan penubuhan sekolah pelbagai aliran adalah dasar yang tepat. 

“Ini merupakan keputusan yang dibuat oleh pengasas negara kita sejak waktu negara kita mencapai kemerdekaan.

“Pemimpin Parti Perikatan masa itu telah membuat keputusan tersebut walaupun pemimpin daripada parti lain telah menentangnya tetapi pemimpin Perikatan memahami cara ini amat sesuai bagi rakyat negara ini," jelasnya.

BACA SELANJUTNYA  DI SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MENARIK DISINI

LEBELS PENDEKAR MELAYU SIBER

SAYA BLOGGER PEJUANG AGAMA ISLAM

SAYA BLOGGER PEJUANG AGAMA ISLAM