Thursday, 28 July 2011

UNDANG2 SYARIAH????

LONDON - Golongan ekstremis Islam melancarkan kempen poster untuk memaklumkan kepada orang awam mengenai kewujudan zon penguatkuasaan undang-undang Islam di serata Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Poster berkenaan memberitahu para pengunjung bahawa mereka memasuki zon undang-undang Islam dan dilarang melakukan aktiviti yang melanggar hukum syarak seperti meminum alkohol atau melanggan pelacur.

"Anda memasuki zon kawalan syariah, lokasi undang-undang Islam dikuatkuasakan," menurut tulisan pada satu poster itu di sini.

Poster berwarna kuning terang itu turut tertera amaran meminta dilarang berjudi, tidak dibenarkan mengadakan konsert, merokok dan dadah.

Sejumlah poster berkenaan ditampal di stesen bas dan tiang lampu beberapa kawasan di sini. 

Seorang pendakwah, Anjem Choudary mengaku bertanggungjawab melancarkan kempen poster syariah itu.

DI SINI SAYA INGIN MENEGASKAN KENAPA UMAT ISLAM DINEGARA KITA TIDAK BERSATU PADU SEDANGKAN NEGARA LUAR BERIA-IA MENEGAKKAN ISLAM WALAUPUN ISLAM BUKANLAH MEJORITI DI NEGARA TERSEBUT....

KITA NEGARA ISLAM TETAPI MASIH BERPECAH BELAH SESAMA SENDIRI...


INGAT LAA WAHAI ORANG ISLAM MALAYSIA....
JANGANLAH KITA BERPERANG SESAMA SENDIRI....
DAN SANGGUP MENGKAFIRKAN SAUDARA SEISLAM SENDIRI KERANA PERBEZAAN IDEALOGI POLITIK MASING-MASING.....
BAIK BURUK NYA SESEORANG BIARLAH DITENTUKAN OLEH TUHAN YANG MAHA ADIL....
KEMBALILAH KITA KEPANGKAL JALAN....
SALAM RAMADAN KEPADA SEMUA WARGA ISLAM JUGA BLOGGER2 SEPEJUANGAN........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MENARIK DISINI

LEBELS PENDEKAR MELAYU SIBER

SAYA BLOGGER PEJUANG AGAMA ISLAM

SAYA BLOGGER PEJUANG AGAMA ISLAM