Saturday 30 July 2011

SYABAS UTM....UNIVERSITI TERATAS MALAYSIA....

SYABAS DIUCAPKAN KAT UTM KERANA MENJADI UNIVERSITI TERATAS MALAYSIA....


KUALA LUMPUR 30 Julai - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan terus memberi tumpuan kepada strategi kepelbagaian dan berprestasi tinggi bagi membolehkan institusi pengajian tinggi (IPT) itu berfungsi dengan lebih lancar, terarah dan berdaya saing.


Hal ini berikutan kenyataan oleh dua laman web yang menjalankan kajian mengenai kedudukan universiti dunia iaitu Webometrics (DI SINI) dan 4 International Colleges & Universities (DISINI) mendapati UTM menduduki tempat teratas dalam kedudukan IPT di Malaysia.


Berdasarkan kedua-dua laman web itu, universiti tersebut juga berjaya melakar sejarah baharu dalam bidang pendidikan negara apabila menjadi satu-satunya IPT negara dalam senarai 100 Universiti Terbaik di Asia dan berada di tempat ke-280 dalam penarafan dunia.


Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, kejayaan UTM menduduki tangga teratas di Malaysia dalam kedua-dua ranking itu adalah hasil kerja berpasukan dan semangat kerja yang tinggi di kalangan warga IPT itu termasuklah golongan akademik, bukan akademik dan mahasiswa.


Katanya, kajian tersebut dijalankan menggunakan kaedah penilaian laman web untuk menentukan pencapaian universiti dari segi kandungan bahan, rujukan, visibiliti dan kesarjanaan menerusi aktiviti yang menggunakan ruang siber.


"Andaiannya, universiti yang menduduki ranking terbaik selalu dirujuk dan dijadikan panduan berdasarkan kepada kandungan dan kesarjanaan warga universiti tersebut. Dalam konteks moden, kaedah rujukan dilakukan secara maya.


"Penarafan tersebut bukan sahaja merupakan kejayaan kepada UTM tetapi ia juga adalah satu kebanggaan kepada negara," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.


TAHNIAH SEKALI LAGI....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MENARIK DISINI

LEBELS PENDEKAR MELAYU SIBER

SAYA BLOGGER PEJUANG AGAMA ISLAM

SAYA BLOGGER PEJUANG AGAMA ISLAM