Tuesday 23 August 2011

GILA BOLA DI KELANTAN??



semperna EPL yang dah pon berlangsung aku juz nak cite sket laa pasal bola di Kelantan...seperti yang kita tau Kelantan pon ngah hangat pasal bola nie....tp yang tak bes nyer bila puak2 HAMPAS nie laa yang nak mula berjinak2 dengan bola nie...sekarang sewa stadium kat kota bharu pon da naek...per lagi yang akan naik lepas HAMPAS2 nie ishtihar "negara berkebajikan"????

PSK naik kadar sewa Stadium Sultan Muhammad seratus peratus

KETIKA Kelantan sibuk membuat persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia bermula 6 September ini, skuad The Red Warriors dikejutkan dengan kadar baru sewa bagi penggunaan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu yang jumlahnya meningkat hampir 100 peratus iaitu daripada RM650 kepada RM1,200 berkuatkuasa 3 Ogos lalu.

Cadangan menaikkan kadar sewa baru itu diputuskan Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) dalam mesyuarat Ahli Majlis 3 Ogos lalu dan surat makluman mengenai perkara itu difaksimilikan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada 11 Ogos lalu.
Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail menganggap jumlah kadar sewa baru yang dikenakan itu wajar dikaji semula oleh PSK kerana ia menambah beban kewangan kepada persatuan bola sepak negeri.
“Saya terkejut dengan kadar baru sewa penggunaan padang dan lampu limpah bagi sesi latihan dan perlawanan pada waktu malam di stadium itu sebanyak RM1,200 yang dikenakan PSK sekarang berbanding RM650 sebelum ini kepada KAFA.

“Saya harap PSK dapat mempertimbangkan semula kadar baru kerana ia dianggap membebankan kewangan persatuan itu, terutama ketika tumpuan perbelanjaan lebih perlu digunakan untuk persiapan pasukan The Red Warriors menghadapi saingan Piala Malaysia bermula 6 September ini,” katanya di Kota Bharu, semalam.

Rosmadi berkata, berdasarkan kandungan surat itu, Ahli Majlis PSK membuat keputusan menaikkan kadar baru sewa bagi penggunaan padang dan lampu limpah di stadium berkenaan.


sekian dari saya....
blogger Pendekar Melayu Siber.
Wallahu A’lam Bishshawaab. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LEBELS PENDEKAR MELAYU SIBER

SAYA BLOGGER PEJUANG AGAMA ISLAM

SAYA BLOGGER PEJUANG AGAMA ISLAM