BERKAT DOA SELURUH RAKYAT MALAYSIA AKHIRNYA PM SELAMAT MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT....
KUALA LUMPUR 1 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selamat menjalani pembedahan 'arthoscopic' pada lutut kirinya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman dalam satu kenyataan di sini berkata, pembedahan yang dilalui Perdana Menteri itu dilakukan secara minimum dengan memasukkan peralatan skop untuk melihat kerosakan pada bahagian lutut yang cedera.
"Menerusi skop itu juga, alat pembedahan digunakan untuk membaiki kecederaan di lutut yang ditemui," katanya.
Pada Mei lalu, Najib mengalami kecederaan di bahagian lututnya itu sewaktu bermain futsal sempena sambutan Hari Belia di Putrajaya.
Menurut Najib, ia merupakan kecederaan lama semasa aktif bersukan dan bermain bola sepak dalam perlawanan terakhir bagi memperingati Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.
Hasan menambah, pembedahan yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu mengambil masa selama 45 minit dan berjalan dengan baik.
Katanya lagi, para doktor yang bertanggungjawab juga berpuas hati dengan hasil pembedahan itu dan Perdana Menteri dinasihatkan supaya berehat di hospital sehingga Rabu ini.
"Beliau dijangka boleh memulakan semula tugas pada minggu hadapan," katanya.-UTUSAN MALAYSIA
No comments:
Post a Comment