Salam Ramadan,
Baru-baru ini saya membaca tweet dari seorang rakan blogger iaitu CUCU TOK SELAMPIT yang mendedahkan ada seorang perempuan belia yang cantik yang telah hangat diperkatakan menggunakan media baru untuk mencerca, memaki dan mengajak orang ramai untuk murtad iaitu MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA. MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA ini terkenal sekitar awal tahun 2011 kerana menggunakan Facebook dan Blog untuk mencerca dan memaki hamun Agama Islam.
Kini dia kembali pula ke laman twitter dan hanya beberapa saat sahaja pencarian, anda boleh menemui sebuah akaun twitter yang didaftarkan atas nama "Makcik Hajjah Sitt" atau @sitt_alwuzara3 . Difahamkan MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA ini ialah seorang perempuan belia. Dia memulakan kerja-kerja menghina Agama Islam, Nabi Muhamad SAW dan Allah SWT di laman twitter bermula 26 Julai 2011 jam 8.55 pagi (Tweeting since).
Dahulu, dia pernah menggunakan medium Facebook untuk mencaci dan mencerca Agama Islam, tetapi setelah ramai yang 'menyerangnya', akhirnya dia 'tewas' juga.
Malah, pelbagai pihak dari pelbagai NGO Islam telah membuat laporan Polis dan SKMM terhadap kerja-kerja kotornya untuk memurtadkan umat Islam tersebut.
Akhirnya kini dia tak serik lagi dan kembali ke medium twitter untuk tujuan yang sama iaitu disamping ingin menghina dan memaki hamun Agama Islam, dia juga berhasrat untuk memurtadkan seberapa ramai yang boleh. Lebih parah lagi, dia juga membenci Kerajaan Pusat Malaysia pimpinan Parti Barisan Nasional dan menyokong perjuangan Parti Keadilan Rakyat.
Menariknya di sini ialah, rakan-rakan blogger telah berjaya mengenalpasti siapa empunya badan kepada nama MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA ini. Menyedihkan di sini ialah, dia dipercayai adalah seorang pelajar dari UUM, Sintok, Kedah. Apa-apapun kita tunggu saat dan ketikanya identiti MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA ini didedahkan.
Wallahu'alam...
SUMBER : SARFAMS
No comments:
Post a Comment